
PUSAT TAHFIZ INI UMPAMA "RUMAH SENDIRI" BAGI ANAK-ANAK YATIM PIATU, ASNAF & MUALAF TAPI BAKAL DITUTUP!!!
Bayangkan sebuah pusat pengajian yang DAIF & KURANG FASILITI menempatkan seramai lebih daripada 60 orang anak-anak yang terdiri daripada GOLONGAN ASNAF, YATIM PIATU SERTA MUALAF yang memberikan pendidikan hafazan Al-Quran serta akademik SECARA PERCUMA INI BAKAL DITUTUP akibat tidak mempunyai dana untuk menampung kos perbelanjaan bulanan.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat para dermawan. Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafidz (PPAA) merupakan sebuah pusat yang menawarkan pendidikan hafazan kitab serta akademik SECARA PERCUMA . PPAA ini merupakan pusat yang berdaftar dibawah JHEAINS (41-184/2019) dengan nombor pendaftaran SSM NS0276376-K yang kini sudah beroperasi melebihi 15 tahun di Port Dickson, Negeri Sembilan.
SANGGUPKAH ANDA MEMBIARKAN ANAK-ANAK YATIM PIATU INI TIDAK DAPAT MENERUSKAN PENGAJIAN MEREKA?
Syukur alhamdullillah, kami di PPAA SUDAH BEROPERASI LEBIH DARIPADA 15 TAHUN yang mana kami memberikan pendidikan hafazan Al-Quran serta akademik secara percuma. Namun, kami juga sedang mengalamai masalah dana serta bangunan sewa yang kami duduki sekarang ini.
Saban musim, KAMI MENGHARUNGI DETIK-DETIK SUKAR disebabkan kos kenaikan harga barang mentah. Malahan sewa bulanan juga dinaikkan oleh tuan bangunan tanpa perbincangan dan persetujuan.
Sehinggakan ADA STAF PPA YANG BERHENTI BERKERJA disebabkan faktor kewangan PPAA yang tidak stabil. Hal ini kerana, kami sebagai pihak pengurusan PPAA MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN para anak-anak didikan PPAA, baik dari segi makan minum malahan pakaian serta tempat tinggal juga kami tanggung.
INI ANTARA PERMASALAHAN UTAMA YANG KAMI SEDANG HADAPI SEKARANG :
1) TIDAK MEMPUNYAI DANA YANG TETAP UNTUK KOS OPERASI, KEBAJIKAN SERTA BIL-BIL UTILITI BULANAN.
2) BANGUNAN SEWA SEDIA ADA SUDAH MENGALAMI KEROSAKKAN DAN SEWA SEMAKIN MAHAL.
3) KESEMPITAN RUANG BELAJAR, ASRAMA, DEWAN MAKAN MALAHAN PEJABAT PENTADBIRAN.
4) KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR YANG SANGAT TERHAD.
5) TIDAK DAPAT MENGAMBIL KEMASUKAN PELAJAR BAHARU.
SERTA BANYAK LAGI MASALAH-MASALAH YANG PIHAK KAMI HADAPI!
ANDA BERTUAH SEBAB MEMBACA PORTAL INI KERANA ANDA INSAN TERPILIH UNTUK BERJUANG BERSAMA KAMI!
Janji Allah SWT itu jelas dan kami yakin inilah masanya untuk menyemai benih-benih pahala yang akan ANDA kutip di akhirat kelak. Bersempena bulan Syaaban ini dan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan yang dirindui, di nanti-nantikan, bulan yang dijanjikan gandaan ganjaran dan pahala oleh Allah SWT iaitu bulan Ramadan, marilah bersama kita berganding bahu memudahkan urusan penganjian anak-anak ini seterusnya meramaikan lagi pelapis-pelapis ulama.
Bayangkan jika anda membuat infak tunai ke atas PPAA di bulan yang mulia ini, ganjaran pahala amalan ini akan terus mengalir untuk anda :
✅ PAHALA ANAK-ANAK TAHFIZ YANG MEMBACA AL-QURAN & MENUNTUT ILMU DI PPAA.
✅ PAHALA ANAK-ANAK TAHFIZ YANG MENGAMALKAN ILMU & MENGAJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN SELEPAS HABIS PENGAJIAN DI PPAA.
✅ PAHALA BANGUNAN HAK MILIK PPAA SELAGI MANA IA BEROPERASI, SELAGI ITU GANJARAN AMALAN SEDEKAH AKAN TERUS MENGALIR.
Masya'Allah. Banyaknya pahala yang akan TERUS MENGALIR malahan akan DILIPATGANDAKAN dibulan yang mulia nanti kelak untuk anda.
Segera berinfak tunai sebagai saham akhirat anda. PELABURAN YANG TIADA RUGI!
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan menggunakan payment gatewwawy Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar
bayaran kepada Ansi System Sdn Bhd. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1.00 caj servis bagi payment gateway Toyyibpay.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos operasi kempen.
4. Jika anda ingin bertanyakan soalan mahupun ingin melaporkan penipuan yang menggunakan nama PPAA, boleh hubungi
terus ke pengerusi PPAA Ustaz Hafidz 016-9773573 atau boleh terus berjumpa di alamat tersebut :